Rabu, 30 April 2014

SYURGA di HATIKU

Ibn Taimiyah (1263-1328) merupakan seorang ulama yang tinggal kat Damsyik, Syria. Beliau menulis banyak kitab yang bermanfaat and ada banyak murid yang menjadi ulama besar selepas dia. Sebab sikap dia yang tegas dalam masalah akidah, beliau selalu jadi sasaran permusuhan daripada lawan-lawan dia dan juga daripada pihak penguasa. Hal ini menyebabkan beliau banyak kali masuk penjara serta diancam bunuh. Pasal ni dia habaq:

“Apa yang dapat dilakukan musuhku! Sesungguhnya syurgaku ada di hatiku. Ke mana pun aku pergi, ia selalu bersamaku. Apabila aku dipenjara maka itu adalah khalwatku (berdua-duaan) dgn Allah. Apabila aku dibunuh maka syahadah (kesyahidan) bagiku, dan apabila aku diusir maka itu merupakan syiyahah (perjalanan di jalan Allah).”

(Kata-kata ni, dengan olahan yang sedikit berbeza, juga tercantum dalam Ibn Taymiyyah, Diseases  of the Hearts and Their Cures, terjemahan Ab Rumaysah drpd Amradh al-Quluub wa Syifaa’uha, Birmingham: Daar Us-Sunnah Publishers, halaman 15-16.)

#BE STRONG #BE PATIENT #JIHAD #SUNNAH ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan