Rabu, 30 April 2014

sEoRang aNak tanPa raSa sAkit o_0

Seorang budak akn teriak bila depa rasa sakit @ rasa tak selesa. But bagaimana kalau budak tu tak dak rasa sakit? Ya, ni memang hal yg fakta. Cerita ni tentang seorang budak pompuan di Amerika Syarikat yg lahir tanpa rasa sakit. Dia tak dak saraf rasa sakit. Terlepas drpd penyakit ganjil yg dideritainya tu, budak kecil ni hidup normal macam budak2 yg lain.

Mak ayah budak tu pd awalnya tak taw penyakit anaknya, sampai one day depa dapat taw yang budak tu menjolok-jolok matanya yg gatal sampai berdarah, budak tu pulak sama sekali tak rasa sakit pun. Mata dia hampir buta sebab kejadian tu. Lepaih tu barulah mak ayahnya taw apa penyakit yg dideritai anak depa, dan depa pun terpaksa buat kaca mata special kat si budak utk melindungi matanya. L

Bila gigi budak tu mula tumbuh dan mak ayahnya tengah duk lengah, budak tu gigit jari tanggannya sendiri sampai hancur. Budak tu rasa selesa dengan apa yang dia buat, sebab dia sama sekali tak rasa sakit, and dia jugak belum taw betapa bahayanya dengan tindakan dia tu. Sejak tu, mak ayahnya terpaksa buat keputusan untuk cabut semua gigi budak tu. Depa risau kalau suatu hari nanti budak tu akan gigit lidahnya sendiri sampai hancur. Keadaan budak gadis tu mahu tak mahu membuatkan mak ayahnya kena mengawasi aktiviti anak depa every time, sebab kalau tak, budak tu akan buat hal yang membahayakan dirinya tanpa dia sendiri sedar. 

Budak kecil tu rasanya menderita penyakit yang disebut sebagai CIPA (congenital insensitivity to pain with anhidrosis). Penyakit ni jugak dideritai oleh seorang budak lelaki bernama Roberto Salazar (9 tahun). Roberto tak rasa sakit, tak rasa suhu panas and sejuk, and tak mengeluarkan peluh. Mak ayah dia jugak buang semua gigi Roberto. Hal ni terpaksa depa buat lepas Roberto, tanpa sedar and rasakan apa yang dia tengah duk buat, mengunyah serta merosakkan sebahagian lidah and bibir bawahnya. Bagaimanapun, Roberto merupakan anak yang sangat lincah and active. Dia hidup dan beraktiviti seperti budak-budak lain. Yang membezakan dia dengan budak-budak lain hanya kenyataan bahawa dia tak boleh rasa sakit seperti yang dirasakan manusia pada umumnya. o_O

Cerita-cerita ni bagi satu pelajaran kat kita, iaitu tentang besarnya nikmat rasa sakit yang Allah bagi kat kita. Oleh kerana itu, kalau kita menghadapi masalah dan berasa sakit kerananya, so bersyukurlah. Kerana itu maksudnya kita masih hidup secara normal dan dapat rasa apa yang orang lain juga rasa. :-D

Cerita kat atas bagi taw kat kita bahawa bila budak-budak tu tak taw, dan tak leh rasakan, bahaya serta rasa sakit yang disebabkan oleh perbuatan depa, so depa tak bagi tindak balas yang biasanya diberikan oleh budak-budak lain. Namun depa tak taw pasal bahayanya and depa jugak tak taw apa itu rasa sakit. Sebabnya depa tak bertindak balas terhadap kejadian tu dengan teriak atau menjerit kesakitan. Depa baru berhenti buat lepas gigi depa dicabut oleh doktor. x_O   

Bila seseorang tak taw bahawa suatu musibah terjadi, so tak kan ada tindak balas daripadanya terhadap musibah tersebut.

#BE STRONG #SMILED #BE CAREFUL ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan