Khamis, 1 Mei 2014

The sTOry of thRee cOws

Ada 3 ekor lembu yang hidup berkawan, masing-masing berwarna putih, hitam and merah. Tak jauh dari tempat biasa depa makan rumput, ada seekor singa ni yang jahat nak serang and makan lembu tu. Tapi dia tak berani serang ketiga-tiganya serentak. Selain itu, setiap kali singa nak menerkam salah seekor lembu, so 2 ekor lembu yang lain akan mencegahnya.

Singa tu kemudian berkata kat lembu hitam and lembu merah, “Sesungguhnya kehadiran si putih menjadikan kamu bertiga ni nampak hodoh.” So kedua-duanya pun terpengaruh dengan kata-kata singa. Depa kemudian membiarkan si lembu putih bersendirian, lalu singa pun dapat menerkam dan membahamnya semahu-mahunya.

Selang beberapa hari kemudian, singa kembali lapar. Singa nak serang salah seekor daripada 2 ekor lembu yang ada. Namun setiap kali ia nak menerkamnya, lembu yang seekor lagi akan mencegahnya. Lalu singa memujuk lembu yang warna merah, “Kehadiran lembu hitam menjadikan kamu berdua kelihatan hodoh. Warnamu sama seperti warnaku. Apa kata kamu pisahkan diri daripada dia.” So si lembu merah membiarkan lembu hitam bersendirian and singa tu pun menerkam dan membahamnya.

Beberapa hari kemudian, singa tu berasa lapar semula. Kini hanya ada seekor lembu, dan tak ada lembu lain yang akan mencegah atau menghalangnya daripada menerkam si lembu merah. So singa tu menghampiri lembu merah dan berkata kat ia, “Sekarang aku akan memakanmu.”

“Sebelum engkau memakanku,” ujar si lembu merah, “biarkanlah aku menangisi dan meratapi keadaanku.”

“Silakan,” jawab singa.

So lembu merah tu pun meratapi keadaan dirinya dan ia berseru 3 kali, “Ketahuilah, sesungguhnya aku telah dimakan pada hari dimakannya lembu putih.”

#Bila kita gagal membuat jangkaan serta mencegah datangnya suatu musibah dan permasalahan, so any time ja musibah dan permasalahan boleh mai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan