Abul A’la al-Maududi (1903-1979) merupakan seorang wartawan dan pemikir Muslim yang cemerlang di anak benua India. Beliau seorang pembelajar
otodidak serta pejuang serta pemikir yang tabah. Pada tahun 1950-an, ketika
Pakistan baru memisahkan diri dari India, Abul A’la al-Maududi beberapa kali
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana perjuangannya yang dirasakan
satu ancaman oleh pemerintah Pakistan.
Masa beliau ditahan pada tahun 1953 sebab perjuangannya di jalan Islam, beliau dijatuhi hukuman mati oleh makhamah tentera. Hukuman mati tentu sahaja satu hukuman yang sangat berat dan biasanya akan menggentarkan kebanyakan orang. Tetapi al-Maududi memang bukan seperti orang lain.
Beliau diberi peluang untuk memohon pengampunan agar dapat dibebaskan
daripada hukuman mati. Tetapi beliau dengan tegas menolaknya. Baginya lebih
baik mati daripada harus mengorbankan prinsip yang beliau yakini. Pada masa yang
sama, masyarakat mendesak pemerintah agar membebaskan al-Maududi. Hukumannya
kemudian dikurangkan daripada hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.
Al-Maududi tetap kukuh pada pendiriannya dan tidak menyerah pada
keadaan, walaupun hukuman penjara seumur hidup merupakan hukuman yang juga
teramat berat. Kenyataanya, al-Maududi hanya menjalani hukuman selama beberapa
tahun sahaja. Beliau akhirnya dibebaskan dari penjara dan kembali menjalani
hidupnya seperti biasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan