Khamis, 1 Mei 2014

keCERDASan eMOsi

Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang ada sikap seperti ni sangat berpotensi untuk jadi orang yang berjaya dalam hidup dia. Kajian ni pernah buat kat sekumpulan pelajar di sekolah rendah kat United State (US).

Suatu hari cikgu depa ni masuk ke dalam kelas and bawa seberkas gula-gula mushmallow yang sedap. Semua pelajar harap depa akan dapat gula-gula tu. Lepas tu cikgu tadi ni habaq la kat depa bahawa “Sapa yang nak amek gula-gula yang ada ni so depa kena pi kat depan kelas, but depa hanya akan dapat sebiji gula-gula ja. And sapa yang sanggup tunggu sampai 10 minit, so depa akan dapat 2 biji gula-gula.”

Sebahagian pelajar buat keputusan nak pi kat depan dan nak amek sebiji gula-gula yang dijanjikan oleh cikgu depa tadi ni. Depa nak sangat puaskan keinginan depa dan tak tertarik dengan tawaran 2 biji gula-gula kalau terpaksa tunggu selama 10 minit. Sebahagian pelajar berusaha menunggu, but lepas tu tak tahan and menyerah kalah. Depa pi kat depan sebelum sampai masanya and terpaksa puaskan hati depa hanya dapat sebiji gula-gula. Sementara segelintir pelajar lagi mampu bertahan selama 10 minit. Depa buat keputusan untuk menunda kepuasan diri depa selama 10 minit and lastly depa dapat jugak 2 biji gula-gula.

Setiap orang pelajar ni akan dicatat dan dipantau selama beberapa tahun berikutnya. Pelajar-pelajar yang emosinya lebih cergas, yang mampu menunda kepuasan diri, terbukti lebih berprestasi di sekolah and lebih berjaya dalam kerjaya depa lepas tamat persekolahan. Hal ini menunjukkan pentingnya kecerdasan emosi dalam hidup seseorang.

#Amal perbuatan ni yang diperintahkan dalam Islam mengandungi latihan untuk menunda kepuasan diri. Kesabaran seseorang dalam menjalankan perintah Allah & dalam menjauhi larangan-Nya merangkumi aspek penundaan kepuasan diri. 

prOblem apa PULAK???

Ni pulak cerita pasal bekas yang bocor. Ada seorang pekerja ladang, dia ni selalu la bawa air ke ladang dengan bekas air miliknya. Someday, after dia isi bekas tu dengan air, dia terus bawa bekas tu pi ke ladang nak mengairi ladangnya. But bila dia sampai kat ladang dia terkejut, sebab bekas airnya jadi kosong o_O. What the heck?? Dia periksa bekas tu. Ternyata memang ada bahagian yang bocor. Air yang dia bawa tu habis menitis di sepanjang perjalanan dia nak pi ke ladang.

So apa yang dia kena buat la nie? Patut kah dia balik kat rumah dan isi bekas tu dengan air? Kalau tu yang dia buat, sudah confirm la perbuatan dia tu akan jadi sia-sia ja. Bekas dia tu akan jadi kosong balik bila dia sampai kat ladang, meskipun dia kena lari cepat-cepat untuk cepat sampai kat ladang. Apa yang perlu dia buat adalah tampal bekas tu terlebih dulu, atau ganti bekas tu dengan bekas yang baru. Lepas tu barulah dia dapat buat kerja seperti biasa.

#Sebab tu kita jangan nak mengeluh because duit kena keluar everyday, sedangkan kita tak maw tampal pola hidup kita yang pemboros tu. Toksah nak mengeluh sebab gaji tak naik-naik la atau gaji tak tambah-tambah la, sedangkan kita tak maw baiki kemampuan and quality kerja kita sendiri, atau tak berusaha cari sumber pendapatan yang lebih baik lagi. Tak yah nak mengeluh because anak yang ketegaq atau nakal and tak maw dengar cakap mak bapa, sedangkan kita sendiri sebagai mak ayah tak maw ubah kelakuan kita yang buruk dan tak bagi contoh yang baik kat anak-anak. 

#ni semua just nasihat ja and kata motivasi dalam diri kita, tak dak kena mengena ngan sapa-sapa pun. #KaULah yAng TeriNdah ^_^

wHen in trOuble...


Problems yang kelihatannya kecil dan remeh jika dibiarkan akan dapat menurunkan daya kerja and kemampuan kita. Ni cerita pasai seorang penebang pokok ngan kapaknya. Penebang pokok ni bertubuh kuat. Dia berkhidmat dengan sebuah syarikat perniagaan kayu-kayan dan dapat gaji yang lumayan jugak la. Dia sangat bersemangat dan bertekad nak jadi pengumpul kayu yang terbanyak kat syarikat tu. On the first day, dia berjaya tebang 15 pokok dengan kapaknya. Pemilik syarikat puji dia and dia jadi tambah bersemangat. But on the second day dia hanya dapat tebang 12 pokok. On the third day dia usaha lebih keras, but hanya dapat tebang 10 pokok. And on the fourth day dia hanya mampu tebang 7 pokok ja.

Dia jadi heran & mula hilang motivasi. “Adakah kekuatan saya dah start hilang and saya start jadi lemah?” Dia cerita masalah ni kat pemilik syarikat. Lalu pemilik syarikat tu tanya kat dia, “Bila kali terakhir kamu mengasah kapakmu?”

“Apa kena mengena dengan kapak?” katanya hairan, “Saya tak dak masa la nak asah kapak. Saya sangat busy tebang pokok.”

#Bila seseorang bekerja menggunakan kapaknya, lama-kelamaan kapaknya akan tumpul. Small matter ni kalaw dibiarkan akan menurunkan keupayaan seseorang yang nak bekerja. Kemampuannya menebang pokok terus menurun dan hasil kerjanya jadi kurang berkualiti. Sebab tu, tak yah nak biar small matter berlarut-larut. Asah dulu kapak tu sebelum nak start tebang lagi. #Yess Boss ^_^

Abul A’la al-Maududi di PenjaRa

Abul A’la al-Maududi (1903-1979) merupakan seorang wartawan dan pemikir Muslim yang cemerlang di anak benua India. Beliau seorang pembelajar otodidak serta pejuang serta pemikir yang tabah. Pada tahun 1950-an, ketika Pakistan baru memisahkan diri dari India, Abul A’la al-Maududi beberapa kali ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana perjuangannya yang dirasakan satu ancaman oleh pemerintah Pakistan.

Masa beliau ditahan pada tahun 1953 sebab perjuangannya di jalan Islam, beliau dijatuhi hukuman mati oleh makhamah tentera. Hukuman mati tentu sahaja satu hukuman yang sangat berat dan biasanya akan menggentarkan kebanyakan orang. Tetapi al-Maududi memang bukan seperti orang lain.


Beliau diberi peluang untuk memohon pengampunan agar dapat dibebaskan daripada hukuman mati. Tetapi beliau dengan tegas menolaknya. Baginya lebih baik mati daripada harus mengorbankan prinsip yang beliau yakini. Pada masa yang sama, masyarakat mendesak pemerintah agar membebaskan al-Maududi. Hukumannya kemudian dikurangkan daripada hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Al-Maududi tetap kukuh pada pendiriannya dan tidak menyerah pada keadaan, walaupun hukuman penjara seumur hidup merupakan hukuman yang juga teramat berat. Kenyataanya, al-Maududi hanya menjalani hukuman selama beberapa tahun sahaja. Beliau akhirnya dibebaskan dari penjara dan kembali menjalani hidupnya seperti biasa.

The sTOry of thRee cOws

Ada 3 ekor lembu yang hidup berkawan, masing-masing berwarna putih, hitam and merah. Tak jauh dari tempat biasa depa makan rumput, ada seekor singa ni yang jahat nak serang and makan lembu tu. Tapi dia tak berani serang ketiga-tiganya serentak. Selain itu, setiap kali singa nak menerkam salah seekor lembu, so 2 ekor lembu yang lain akan mencegahnya.

Singa tu kemudian berkata kat lembu hitam and lembu merah, “Sesungguhnya kehadiran si putih menjadikan kamu bertiga ni nampak hodoh.” So kedua-duanya pun terpengaruh dengan kata-kata singa. Depa kemudian membiarkan si lembu putih bersendirian, lalu singa pun dapat menerkam dan membahamnya semahu-mahunya.

Selang beberapa hari kemudian, singa kembali lapar. Singa nak serang salah seekor daripada 2 ekor lembu yang ada. Namun setiap kali ia nak menerkamnya, lembu yang seekor lagi akan mencegahnya. Lalu singa memujuk lembu yang warna merah, “Kehadiran lembu hitam menjadikan kamu berdua kelihatan hodoh. Warnamu sama seperti warnaku. Apa kata kamu pisahkan diri daripada dia.” So si lembu merah membiarkan lembu hitam bersendirian and singa tu pun menerkam dan membahamnya.

Beberapa hari kemudian, singa tu berasa lapar semula. Kini hanya ada seekor lembu, dan tak ada lembu lain yang akan mencegah atau menghalangnya daripada menerkam si lembu merah. So singa tu menghampiri lembu merah dan berkata kat ia, “Sekarang aku akan memakanmu.”

“Sebelum engkau memakanku,” ujar si lembu merah, “biarkanlah aku menangisi dan meratapi keadaanku.”

“Silakan,” jawab singa.

So lembu merah tu pun meratapi keadaan dirinya dan ia berseru 3 kali, “Ketahuilah, sesungguhnya aku telah dimakan pada hari dimakannya lembu putih.”

#Bila kita gagal membuat jangkaan serta mencegah datangnya suatu musibah dan permasalahan, so any time ja musibah dan permasalahan boleh mai.